Majlis perasmian telah disempurnakan sendiri oleh YBhg.Datuk Mohd Isa Abu Kasim pada 18 April 2015 di Padang Awam Felda Kg.Soeharto. Turu hadir pengerusi jawatankuasa Hj Harun b Hj Jamaludin, Penolong Pengurus Felda Wilayah Trolak, En Mohamad Haidir b Main dan seluruh pimpinan di kawasan 5 felda iaitu Gedangsa, Soeharto, Sg.Tengi, Sg.Buaya dan Sg.Tengi Selatan. Sg.Buaya juga termasuk dalam kejohanan ini kerana Sg.Buaya termasuk dalam zon Selangor dan merupakan bekas Felda. Dalam ucapan perasmian YBhg.Datuk, antara tujuan kejohanan ini adalah untuk penyatuan warga felda yang merupakan kebanyakkannya generasi kedua. Disamping dapat mengisi aktiviti harian dengan perkara berfaedah iaitu bersenam dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga felda di zon Selangor.